Define RESPECT.
Well. The answers might be different for every people because they have their own opinion and different thinking. But the meaning maybe will be same.
What is RESPECT from my own thinking?
Easy. Do not disturb others life. Tak kisah lah personal life or apa-apa je. Senang faham kan? Ke susah jugak? Ke nak kena cakap bahasa lain? Come on people. Dunia dah maju, teknologi berkembang, otak tak berkembang lagi?
Kenapa perlu sampai nak kena masuk celah kain orang nak tahu segala? Dah la sibuk jaga tepi kain orang, then sibuk lagi menyampaikan benda yang tak baik tu kat orang lain? Wow! Ye, otak awak berkembang. But bukan dari segi kebaikan.
Lets imagine.
Kalau awak tu kat tempat someone yang awak sibuk nak tahu pasal life dia, then orang bawak mulut pasal awak. Awak suka tak?
Respect la orang punya privasi. Bukan susah. Tak habiskan duit awak pun. Tak habiskan tenaga pun. Tak habiskan pahala awak pun. Lagi bertambah-tambah pahala awak tu ada lah sebab simpan aib orang. Ni sibuk bawak-bawak mulut busuk tu kenapa? Tak cukup lagi dosa yang dah pernah buat sebelum ni? Tak cukup lagi nak tambah hina di mata Tuhan?
Maaf la. Saya tahu, saya bukan la bertaraf ustaz lagi, nak tegur-tegur cara awak. Tapi cuba fikir, takkan nak tunggu ada taraf ustaz, or ustazah, or sesiapa yang lagi mulia dari tu, baru boleh tegur awak? Kalau nak lagi mulia, takkan nak tunggu Nabi Muhammad sendiri hidup balik, baru boleh nasihat awak? Baru awak boleh faham and ikut cakap?
Bukan nak membebel. Bukan nak merungut. But its all about respect other's privacy. Dont disturb privacy orang la. Itu sahaja.
Macam mana kacau privacy orang tu? Saya bagi contoh sikit.
1. Korek-korek cerita pasal family dia, then sebar pasal yang buruk-buruk or tokok tambah cerita bagi lagi menarik lagi panas.
2. Jual number phone dia yang mana dia memang guna untuk privacy, kat orang lain.
3. Sibuk nak tahu pasal past yang tak baik apa bagai, then sebar-sebarkan.
Soalannya sekarang, kenapa kena buat macam tu? Kita Islam. Buat cara macam hidup orang Islam. Kenapa nak sampai-sampaikan benda yang dah memang aib, memang tak baik, kat orang lain? Seronok ke tengok orang tu malu? Seronok ke tengok orang tu jatuh? Seronok ke tengok orang tu tersisih dan disisih masyarakat?
Cuba la letak diri tu kat tempat dia.
Jangan la sampai macam tu. Semakin tua, semakin matang, semakin pandai berfikir. Bukan semakin bodoh. Semakin tak berakal. Kalau pernah buat, kenapa tak minta maaf je? Kalau dah terang-terang awak buat salah, kenapa tak say "Sorry" je? Susah? Oh.
Pernah terfikir tak susah senang orang nak adapt nak join cara hidup awak? Pernah terfikir? Oh.
Lupa. Awak kan semakin tua semakin tak berakal, semakin tak boleh fikir. Oh.
Kasar? Bahasa saya kasar? Kasar lagi perbuatan pada orang yang sikit pun tak sentuh privacy awak. Tak sentuh kehidupan awak. Kenapa perlu buat macam tu?
Maaf sekali lagi. Ye, saya tak layak tegur awak sebab saya pun makhluk Allah yang masih melakukan dosa. Tapi sekurangnya, saya buat dosa, tak libatkan kehidupan peribadi manusia lain. Saya tak sentuh kehidupan manusia lain. Saya tak berlaku kejam terhadap manusia lain. Saya tak 'makan' daging saudara saya sendiri. Saya tak ada niat nak pecah belahkan manusia sesama Islam saya.
Ye. Saya bukan mulia nak tegur-tegur salah silap awak. Tapi siapa akan tegur kalau bukan saya. Macam yang dicakap tadi, nak tunggu Nabi Muhammad hidup balik and tegur awak baru awak sedar salah silap awak?
Just stay away daripada kacau hidup peribadi orang lain. Tak perlu nak jadi sebahagian daripada orang kafir, yang nak pecah belahkan umat sendiri, saudara sendiri. Fikir lah.
Friday, December 18, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment